Inilah 5 Sebab kenapa anda rasa Matematik Tambahan susah sangatttt
1. Tidak menguasai algebra dan persamaan linear
Algebra dan persamaan linear merupakan asas yang paling penting untuk anda kuasai Matematik Tambahan. Sekiranya anda tidak kuasai asas ini semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, anda akan hadapi masalah untuk kuasai Matematik Tambahan, Jangan terkejut anda langsung tidak faham Bab 1 Tingkatan 4.
Contoh soalan algebra. Boleh buat?
Adalah amat penting untuk anda faham dan kuasai topik Matematik Tambahan sejak dari awal. Jika anda tidak kuasai dan tidak faham Topik 1,adalah amat bahaya kerana anda akan ketinggalan untuk bab bab yang seterusnya. Kuasai topik demi topik.
Tolong kuasai bab ini!!!
Warning!!! Matematik Tambahan ialah subjek yang anda wajib buat latih tubi sekerap yang mungkin. Kerana anda perlu hafal dan faham. Jangan pandang remeh dan acah acah nak kuasai last minute ala ala Rossi potong tang corner,kerana anda yang akan merana.
4. Belajar sendiri
Anda tidak boleh belajar sendiri melainkan anda seorang yang genius. Matematik Tambahan memerlukan seseorang yang mahir untuk menerangkan kepada anda mengenai topik dan teknik menjawab. Jadi, jangan belajar seorang diri takut sesat.
5. Pemikiran Negatif
Belum mula belajar lagi sudah fikir dan tanamkan dalam diri Matematik Tambahan sangat susah, wajib gagal,markah rendah itu biasa dan macam macam lagi. Jika anda berfikiran sebegini,tolong ubah kerana ianya akan membuat anda lagi tidak bermotivasi untuk belajar Matematik Tambahan.
Catat Ulasan