ini lah punca kenapa murid lemah subjek Matematik...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua😀...

Di sini Bromath nak kongsi pengalaman sewaktu mengajar murid sekolah rendah beberapa tahun dahulu...Bromath seorang yang suka mengkaji dan percaya bahawa tiada budak yang bodoh atau lembab melainkan dah diiktiraf oleh pihak kesihatan,maksudnya dah diiktiraf memang seorang yang slow atau senang cerita kurang upaya dari segi pemikiran...Bromath percaya selain daripada sebab itu, maknanya budak itu mampu menguasai subjek Matematik dengan baik...


punca anak gagal matematik


Hasil daripada pemerhatian Bromath, ini lah punca kenapa murid lemah subjek Matematik...

1. Lemah Asas

Ini adalah punca utama kenapa anak lemah Matematik. Apakah yag dimaksudkan dengan lemah asas? Maksudnya ialah anak tersebut tidak mampu mencongak untuk operasi tambah dan tolak, tidak hafal sifir dan bahagi. Apabila anak tidak kuasai asas ini dengan baik,mereka akan hadapi masalah untuk belajar topik-topik seterusnya. Bromath percaya semua anak boleh mencongak dan hafal sifir dengan baik. Sebab apa? sebab mereka boleh hafal nama sendiri,boleh hafal ayat Al-Fatihah. Jadi ini semua tidak mustahil.


2. Tidak yakin dengan diri sendiri

Ya,ini juga merupakan satu faktor dimana anak tersebut mempunyai keyakinan diri yang agak rendah. Ianya disebabkan faktor keliling, dimomokkan dengan subjek Matematik ini memang susah, ahli keluarga yang cakap dan beritahu mereka subjek Matematik ini memang susah,jadi ini semua mempengaruhi pemikiran mereka. Jadi,jangan sesekali cakap subjek ini susah pada mereka.Please.

3. Kurang pemantauan

Ibubapa amat memainkan peranan penting terhadap pembelajaran anak. Antara punca anak lemah ialah kurang pemantauan daripada ibu bapa sendiri yang hanya mengharapkan cikgu di sekolah semata-mata. Seharusnya ibubapa peru ambil berat terhadap pembelajaran anak anak. Pantau kerja sekolah mereka,ambil tahu apa yang mereka belajar di sekolah. Tunjukkan keprihatinan anda kepada anak anda supaya mereka tak "mengelat".

4. Tidak bermotivasi

Anak yang lemah ini tiada motivasi untuk jadi cemerlang dalam subjek Matematik kerana mereka melihat subjek ini susah dan terpengaruh dengan beberapa "cerita" mengatakan tidak pandai Matematik pun tidak mengapa.boleh je orang lain hidup. Jika nak anak anda cemerlang,jangan sesekali memberi gambaran yang salah pada mereka.

Jadi, macam mana Bromath atasi masalah ini? Bromath akan kuatkan asas mereka dengan memberi latih tubi untuk kuatkan asas. Ulang sampai mereka mahir. Untuk yakinkan diri mereka, Bromath akan bagi soalan dan terangkan sehabis baik pada mereka,kemudian menyuruh mereka membuat sendiri dengan soalan yang serupa, Apabila mereka boleh menjawab soalan tersebut,dapat dilihat senyuman dan keyakinan pada diri mereka. dan Bromath juga nasihatkan ibubapa supaya sentiasa memantau pembelajaran anak di rumah,jangan bagi mereka peluang untuk buat sambil lewa,tipu atau main-main. dan harus beri hadiah atau apa-apa yang membuat anak mereka sentiasa bersemangat untuk menguasai subjek Matematik.

Ini sahaja Bromath nak share berkenaan pengalaman Bromath. Harap dapat membantu.

Ini adalah buku latih tubi yang terbaik untuk mantapkan asas Matematik anak anda

https://shopee.com.my/product/164346222/6859865136/


Punca anak lemah Matematik


Related Posts

Post a Comment

Terbaru Lebih lama