ok,BroMath nak kongsikan cara untuk Lulus subjek yang dashat ni,rahsia ni boleh digunakan oleh adik adik yang form 5 yang tak pernah lulus.

sebab rasanya time2 sekarang ni dah lepas exam tengah tahun.macam mana?ada harapan gagal lagi ke?hehe.takpe,jangan patah semangat,be a strong person.


Ini Rahsianya :

Untuk Kertas 1,kena pandai curi markah.caranya ialah pilih soalan yang markahnya sedikit,yang 1 markah atau 2 markah. dan cari soalan yang pecah kepada 2 atau 3 soalan,lepas tu markahnye cuma 3 sahaja,maknanya 1 markah 1 soalan. Soalan soalan macam ni biasanya sangat senang dan tidak memerlukan  jalan kerja yang panjang.

Untuk Kertas 2, rahsianya ialah buat bahagian C DAHULU.sebab memang confirm ade 4 tajuk je yang keluar. fokus soalan Nombor Indeks dan Penyelesaian Segi Tiga.mana yang tak lulus lagi tu,tolong focus buat latihan dua tajuk ni.senang je.soalan berulang-ulang.jumlah markah ialah 20 markah.target dapatkan full mark untuk bahagian ni.

kemudian pergi ke bahagian B, terus buat soalan Graf Linear tu,10 markah taw.buat latihan bertubi-tubi tajuk ni,jangan lupa check jawapan.lepas tu tajuk Sukatan Membulat, Geometri Koordinat dan kalau boleh,cuba kuasai tajuk Taburan Kebarangkalian (Binomial dan Normal) sebab soalan sama je tiap tiap tahun.

Untuk bahagian A,tawakal dan doa banyak-banyak.hehehe.Selamat maju jaya ye adik adik!!

rahsia lulus Matematik Tambahan



~~BroMath pernah gagal,dan pernah dapat paling tinggi markah dalam kelas,90markah untuk addmath,jalan terus berkepak.kihkih~~

Related Posts

Post a Comment

Terbaru Lebih lama